Misteri SMK Kejora : Bab 1 : Siapakah Dia ?

Jarum jam mendekati angka menandakan sudah mahu masuk pukul 8 pagi.Cikgu Hafiz belum lagi kelihatan.Tidak mengapalah,detik hatiku.

"Cikgu datang"
"Mati la aku,kerja rumah belum siap"
"Siapa suruh tak siapkan"

"Bangun semua"..

Arghh,aku tak tahu kenapa,tetapi,hari ini,kelas sangat membosankan,tambahan lagi si Jai tak datang..Sedang aku menggenyeh genyeh mataku,mataku tertangkap sesusuk tubuh kurus seorang gadis..Dan...dia berjalan menuju ke arah kelas ku..Tapi,siapakah?

Cikgu Hafiz keluar sebentar bertemu dengan PKHem yang mengiringi pelajar tersebut.Cantik orangnya,tetapi,ku lihat cahaya kesuraman terserlah pada wajahnya.Kenapakah? Rindu teman lama barangkali..

"Perhatian pelajar,hari ini,kamu ada kawan baru ye,datang dekat sikit Lina".Kata Cikgu Hafiz

Oh Lina..Tapi,kenapa ya,aku merasakan yang wajahnya seperti familiar bagi ku..Sedang asyik aku berfikir mengenai perkara itu,aku imbau kembali masa lalu..

"Jai,aku tak tipu Jai..aku memang nampak sesuatu tadi dekat penjuru tandas sekolah"
"Kau merepek apa ni Ana,mana ada hantu siang-siang macam ni,kau jangan nak kelentong aku ya Ana,tidak akan ku biarkan"
"Sampai hati kau Jai,aku tak tipu,takkan la kau tak kenal aku"
"Aku nak tanya kau sekali lagi Ana,..kau tak mimpi kan?"

Entah kenapa,apabila aku renung sedalam dalamnya wajah budak baru itu,ingatan terimbau peristiwa 2 tahun lalu di mana aku telah terserempak 'sesuatu'..tapi,apa kaitannya dengan budak baru ini? Entah.Barangkali khayalan aku je kot.

Budak baru itu duduk bersebelahan Aina.Dari tadi aku lihat,dia sering menundukkan kepalanya.Entah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tutorial : Tukar Template Designer Ke Blogskin